Friday, November 20, 2009

Lampu Garam Bukit

Lampu Garam Bukit (Himalaya Salt Crystal Lamp)

Lampu garam bukit ni banyak khasiatnye disamping merawat secara semulajadi...Nanti aku bgtau apa fungsi2 nye. Aku beli murah jer kt supplier ni siap bagi diskaun lagi. Beratnye antara 5-6kg RM20 jer dia bagi. Berbaloi-baloi hihihi...Klu kt alamanda mahal gler..Terima kasih kepada En. Zahari yang menjual kepadaku dengan harga yang murah..ekekekeke...

Antara fungsi Lampu Garam Bukit ni:

1. Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
2. Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
3. Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria.
4. Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara yang ada
di dalam rumah.
5. Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan imunisasi manusia.
6. Melegakan resdung (sinus), migrain, pening kepala, demam panas dan selsema.
7. meningkatkan tahap produktiviti kerja dan kosentrasi.
8. Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
9. Mengurangkan perasaan cemas dan berdebar-debar.
10. Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah.



Sebelum suis di pasang..



Tadaa... dah menyala dah...

Thursday, November 19, 2009

Rindu kt anak sedara aku ni...


Mohd Irham...tembamnyer..


Ni la Mohd Irham..dh 3 thn rupenye..


Nur Alya Aqilah...comeinyer..


Nur Alya Aqilah...umurnye 2 thn lbh..

Rindu..




Kenape agaknye ye tetiba aku rindu dengan anak sedara aku ni.. Ni la Nur Alya Aqilah dh 2 thn lbh. Mungkin aku dah lama tak jumpa kot. Kalau aku boleh terbang dah lama aku terbang ke sana macam superman. Atau mungkin aku merindui gelak tawa seorang bayi yang aku harap2 kan. Tapi itu semua rezeki Allah...

Dalacin T




Dalacin T ni macam toner jugak la. Produk ni kawan aku yang syorkan sebab dia tengok muka aku makin teruk. Dah la baru kawen nanti laki tengok pun x lalu hehehe..Aku beli kat guardian je.. Harganya RM34.50 jer.. Dulu muka aku eeeeee....nk tengok cermin pun malu. Alhmdulillah sejak aku pakai produk ni jerawat dan parut-parut semakin berkurangan. Kawan2 tegur sumer kata muka nampak bersih. Malu lak rasanya..hihihi..Sekarang ni aku dh pakai 2 botol. 1 botol tahan lama jugak la dekat 3-4 bulan. Bukan nk letak banyak pun kat muka. Sapu kat tempat yang ada jerawat dan parut-parut jer.



Sebelum Menggunakan Dalacin T



Selepas menggunakan Dalacin T

Wednesday, August 5, 2009

blk kg..yeh...yeh...

gmbr ni ms g kenduri umh akk aku kt bagan datoh,perak. ni la anak buah aku yg manja sgt2..

mggu lps 1hb ogos blk kg T.Intan. best giler sumer adik beradik blk. smp x muat umh rsnya.. tp aku la yg plg spesel tdo dlm blk yg lain sumer tdo kt ruang tamu. yer la msh pengantin br ler katakan hihihihi..


ari ahad 2hb ogos kitorg konvoi g cameron reramai 6 bj kete. perrghhh mcm rombongan cik kiah.hehehe...aku ni eksen msti x muntahnye naik ats tuh.. beria-ia duk ingtkn anak buah aku klu nk muntah bgtau. rupe2nye makcik dia yg dh tua bangka ni muntah dl...uweeeekkkk..malu giler. arghhh biar la diorg gelakkn pn jnji aku lega sumer dh kuar. hahhahaha....

Tuesday, July 28, 2009

Tips Rumah Tangga Romantik


1) “Nak panjang pendek-pendekkan, nak pendek panjang-panjangkan”..bermaksud..kalau nak hubungan suami isteri tu berpanjangan..kalau gaduh ke apa ke..pendek-pendekkan rajuk..buangkan marah…cepat berbaik semula..
2) Sekiranya berpeluang pergi ke tepian pantai, kebetulan pula pantai itu berhadapan matahari naik (tak sesuai tengok matahari terbenam-waktu maghrib), duduklah sambil memerhatikan matahari naik. Selepas pasangan anda duduk di tepi pantai itu, lorekkan bentuk hati di sekeliling tempat bakal anda duduk.
3) Selepas pasangan anda pulang dari kerja pasti dia keletihan. Tawarkan dia mandi air panas. Sekiranya tiada kolam sediakan satu kerusi dengan dua baldi air panas. Satu baldi untuk rendaman kaki, dan satu lagi untuk mandian. Lebih manis lagi jika diletakkan sedikit haruman aromatherapy dan anda yang memandikan pasangan anda. Seterusnya berilah peluang kepada dia untuk melelapkan mata dengan memberi ciuman hangat sebelum dia terlena. Pasangkan penghawa dingin atau kipas supaya dia selesa dalam lenanya. Sekiranya anak-anak ada bersama, bawalah mereka bermain di tempat lain.
4) Bercuti berdua……rasanya ramai yang tak gemar kalo tanpa anak-anak kan…..tapi kekadang ia dapat ‘refresh’ kembali hubungan suami isteri…
5)Beri bunga . Beri bunga kat suami pun okay apa, kalau suami tak suka bunga gantikan dengan benda lain.
6)Lepak kat coffee house sambil berbual-bual…..rasanya saat ni paling seronok….macam first dating plak…
7) Tinggalkan nota ringkas untuk isteri/suami. Lekat kat cermin solek atau depan pintu. Bolehlah tulis apa-apa jer tak semestinya I love you atau I miss you saja. Contohnya kalau suami pergi ke pasar dan tak nak bangunkan isteri bolehlah tinggalkan nota macam ni “Abang keluar kejap. Sayang jaga diri bebaik. I love you…”. Supaya bila isteri bangun tak ada lah tercari-cari suami sampai kat luar rumah tu.
8) Kalau jalan-jalan berdua pegang tangan macam orang tengah bercinta dan jangan lupa peluk pinggang.
9) Salah satu cara nak eratkan kasih sayang suami isteri ialah setiap hari pastikan kita peluk pasangan kita selama 30 saat (kalau lebih pun takpe)
10) Setiap kali berdoa selepas solat, doakan DIERATKAN SEERAT-ERATNYA perhubungan kita dgn suami.. sebab biasanya kita berdoa agar keluarga bahagia je.
11)Semasa memasak/ bancuh air - kalimah YA WADUD (Yang Maha Pengasih) iaitu salah satu dari Asmaul Husna kita ucapkan berkali seakan-akan sebati dgn masakan kita tadi.
12) Ayat terakhir ALI IMRAN : lebih kurang gini.. YA AIYYUHALLAZI NA’AMANUSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA’ALLAKUM TUPSIRUN.. (Sila rujuk Al-Quran utk bacaan yg betul). Kita lafazkan acapkali sambil pejamkan mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang.. suami dan anak-anak. Atau..semasa mereka tido kita ucapkan dan hembus ke ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak tu.

p/s : br tbaca pg td kt vf. insylh blh amalkn yg mn yg tmampu hehehe..


Monday, July 27, 2009

7 bulan...

ermmm.. hr ni genap 7 bln aku kawen huhu.. x sngka cpt tul ms blalu.. wpn kami msh bdua aku bhgia n hepi sgt2 dgn hubby ku yg tsyg hihihi.. saat2 bdua yg x dpt ku lupekn smp ble2 hehe.. syukur alhmdlh aku dpt hubby yg pyayang n pyabar wpn aku ni agak emo skt hahahaha..



ari ni x de m00d nk kje sbnrnye..hihihi..ari isnin mmg ari mls tahap gaban agaknye.. smlm br blk dr kg hubby kt tg malim. wpn x de aktvti yg mnarik kt kg tp sesekali jmp anak sedara yg comel n nakal 2 seronk gak.. kul 12 gak la smp umh mlm td. byk tmpt psinggahan katakn. aku ler cdg nk sggh jap umh akk aku amek mesin jahit. nk jahit langsir raya konon...wakakakakaka.. nth jd nth idak..tgok jer ler nnt..hehehe..kejap aku ni smp siap mkn mlm, tgok jgn lupe lirik lg..smbg lak cter sepah.. sumer duk gelak smp nk pecah perut. hubby aku duk mjeling kt aku cm x nk blk jer.. aku phm ler 2..mcm sok x keje je erkk.. walau duk sblh je pon pnat gak la hehehe.. kalah org yg mmandu aku ni..